Saturday, June 21, 2008

Panduan Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Fizik Untuk Peningkatan Prestasi Fizik Peringkat SPM (2)

Penelitian Skop

1. Skop Kurikulum

Panduan penelitian skop kurikulum :

Setiap guru perlu ada sukatan pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Fizik yang terkini. Perlu difailkan.

  • Setiap guru Fizik perlu meneliti objektif mata pelajaran Fizik dalam kurikulum.
  • Setiap guru perlu tahu dan mahir dalam cadangan aktiviti dan cadangan pedagogi yang digunakan bagi setiap tajuk.
  • Setiap guru perlu tahu cadangan amali yang sesuai bagi setiap topik atau subtopik.
  • Setiap guru fizik perlu membaca pendahuluan yang ada dalam HSP untuk mendapatkan gambaran jelas tentang pedagogi, kemahiran berfikir dan strategi berfikir yang boleh digunakan.
  • Guru mesti merujuk kepada HSP sebelum menulis Rancangan Harian.
  • Setiap guru perlu menggunakan buku teks dan buku amali sesama. Perlu ditegaskan buku amali dan buku teks perlu saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.
  • Setiap guru perlu meneliti buku teks yang memberi panduan pedagogi serta banyak 'side features' yang boleh menarik minat murid.

2. Rumus

Panduan penggunaan Rumus untuk menjelaskan konsep Fizik :

  • Guru berupaya mendefinisi kuntititi fizik dari satu rumus Fizik
  • Guru berupaya menguasai symbol-simbol biasa yang digunakan dalam rumus fizik.
  • Guru berupaya menerbitkan unit dari rumus satu fizik.
  • Guru berupaya memahami hubungkait antara dua pembolehubah dalam satu rumus.
  • Guru berupaya mengenalpasti pembolehubah manipulasi, bergerakbalas dan yang dimalarkan dari satu rumus Fizik.
  • Guru berupaya mengaplikasi rumus untuk menyelesaikan masalah kuantitif dan kualitatif.
  • Guru berupaya menterjemah rumus kepada bentuk graf yang betul.



No comments: