Saturday, June 21, 2008

Panduan Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Fizik Untuk Peningkatan Prestasi Fizik Peringkat SPM (5)

6. Urusan PEKA

Unsur PEKA dan hubung kait dengan Kertas 3 :

  • Guru perlu tahu PI bagi setiap konstruk dalam PEKA.
  • Kemahiran merancang eksperimen berasaskan pemerhatian sesuatu fenomena adalah sangat penting.
  • Pelajar yang mempunyai kemahiran merancang, membuat, membuat laporan, melukis graf dan lain-lain membantu pelajar dalam kertas 3. Oleh itu seorang guru perlu menggalakkan pelajar membuat seberapa banyak PEKA.
  • Kemahiran pelajar membuat dan menganalisis graf sangat membantu pelajar dalam kertas 3. Oleh itu guru perlu mempunyai kemahiran melukis dan menganalisis graf yang betul agar pelajar tidak membuat sebarang kesilapan.

Contoh :

Experiment : Factors affecting the buoyant force



Explanation

Marks

Inference

Buoyant force influenced by the volume of liquid displaced.

1

Hypothesis

Buoyant force is directly proportional to the volume of liquid displaced.

The bigger the volume of liquid displaced, the greater is the buoyant force.

1

Aim of Experiment

To find the relationship between buoyant force and volume

1

Variables

Manipulative

Responding

Fixed

Volume of water displaced, V.

Buoyant force, F.

Liquid density r, acceleration due to gravity, g.

1

1

Set of apparatus

1 liter volumetric flask, calibrated ice cream plastic cylinder filled with coloured water, Newton balance, retort stand.

1

Set up of apparatus

Diagram (clear and labeled)

1

Procedure

1. Apparatus and materials set up as shown in the diagram

2.The ice cream plastic cylinder filled with water weighted in the air.

3. The ice ream plastic is then lowered to the first mark.

4. The reading of the Newton balance is again recorded. 5. The loss in weight (buoyant force) is calculated.

6. Procedure 3 to 5 is repeated for the second, third, fourth and fifth mark.

1

1

1

Data Tabulation

The data is tabulated.

1

Conclusion

From the experiment it was found that buoyant force is directly proportional to the volume of liquid displaced or when volume increase, buoyant force increases.

1


7. Pengajaran Mengikut Konstruk

Panduan mengajar mengikut konstruk di JSU :

  • Guru memahami enam konstruk yang ditetapkan dalam JSU dan mengaplikasikan dalam P&P. Dengan ini, guru secara tidak langsung akan dapat memberi pendedahan teknik menjawab soalan peperiksaan kepada murid.
  • Konstruk-konstruk yang perlu dikuasai:
-Pengetahuan
-Kefahaman
-Aplikasi kualitatif dan kuantitatif
-Membuat keputusan
-Mengkonsepsi
-Menyelesaikan masalah
  • Guru perlu memahami bagaimana pentaksiran dibuat(soalan dibuat) berasaskan konstuk-konstruk tersebut. Guru perlu tahu menggunakan hiraki Taksonomi Bloom.

8. Aplikasi Fizik Dalam Konteks Harian

  • Setiap guru perlu meneliti HSP dan soalan-soalan lepas SPM untuk melihat betapa penting aplikasi konsep fizik dalam situasi harian.
  • Setiap guru fizik perlu peka kepada contoh-contoh harian dan membina bank untuk contoh-contoh kontekstual yang boleh digunakan dalam p&p.
  • Guru mesti melatih murid untuk menterjemahkan situasi harian kepada konsep fizik supaya mereka dapat menjawab soalan-soalan SPM yang banyak menanya aspek aplikasi.

Contoh aplikasi konsep fizik dalam situasi harian

1. How an air bag protects the driver in a car accident.


2. Why sound can be heard over a longer distance on a cold night compared with a hot day?

(Sound waves travel faster in warm air than in cool air.

On a hot day, the hot surface of the Earth causes the layer of air near the surface to be warmer.

This causes sound waves to be refracted away from the earth.

On a cool night, the sound waves travel slower in the cooler layer of air near the surface of the Earth than in the upper, warmer air.

As a result, the waves are refracted.

That is why sound can be heard over a longer distance on a cold night compared with a hot day.)


9. Integrasi Multimedia

Panduan mengintergrasikan ICT dalam P&P :

  • Guru perlu menguasai kemahiran asas ICT seperti MS Words, MS Powerpoint dan MS Excel.
  • Guru perlu menyediakan bahan P&P dalam Powerpoint yang berkesan dan menarik.
  • Guru perlu memilih bahan P&P yang diperlukan dari Courseware yang dibekalkan dan diintergrasikan dalam software yang sesuai seperti MS Powerpoint.
  • Guru perlu memuat turun bahan P&P dari Internet untuk digunakan dalam kelas.

10. Nota Terbimbing dan Latihan Berkala

Panduan penyediaan nota terbimbing dan soalan berkala :

  • Guru perlu menyediakan nota terbimbing yang membantu murid memahami sesuatu konsep Fizik mengikut konstruk-konstruk tertentu. Guru perlu mempunyai kemahiran pengurusan grafik yang baik untuk menghasilkan nota yang berkesan.
  • Guru perlu menyediakan soalan berkala sebagai tugasan hujung minggu sebagai ulangkaji kepada tajuk-tajuk awal(tingkatan 4).

Contoh :

Panduan Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Fizik Untuk Peningkatan Prestasi Fizik Peringkat SPM (4)

5. Teknik Graf

Panduan kemahiran menganalisis graf :

Guru berupaya mengenalpasti hubungan antara dua pembolehubah.

Guru berupaya menganalisis graf:

-mengira kecerunan dengan unit yang betul.

-ekstrapolasi / intrapolasi graf.

-menentukan nilai yang dikehendaki dari graf.

Guru berupaya melakar graf yang sepadan dengan hubungan antara dua pembolehubah.

Contoh:

Panduan Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Fizik Untuk Peningkatan Prestasi Fizik Peringkat SPM (3)

3. Kemahiran Makmal
Panduan kemahiran makmal :
  • Fizik adalah mata pelajaran praktikal bukan teori sahaja. Penggunaan teaching courseware TC semata-mata tidak mencukupi. Perlu ada aktiviti 'hands-on’ semasa pengajaran dan pembelajaran.
  • Seorang guru perlu merancang aktiviti 'hands-on' yang paling sesuai bagi setiap topik.
  • Amali wajib tentang penggunaan alatan dan pengetahuan tentang kepekaan alatan ukuran tersebut perlu diketahui oleh pelajar. Alatan asas yang perlu digunakan ialah jam randek, pembaris, neraca tiga jalur, ammeter dua bacaan, voltmeter dan jangkasuhu.
  • Setiap guru perlu tahu kekangan tentang tentang eksperimen yang dijalankan di makmal. Sebagai contoh, eksperimen Hukum Charles dan Hukum Tekanan sangat sukar dilakukan kerana alat pengukuran tekanan udara yang tidak peka dan perubahan isipadu udara yang sangat sedikit.
  • Setiap orang guru perlu tahu memilih alatan yang sesuai, contohnya eksperimen aruhan elektromagnet perlu menggunakan OSK bukannya ammeter kerana ammeter tidak cukup peka.
  • Guru perlu perlu mencuba semua eksperimen yang dibuat oleh pelajar. Guru juga perlu mencatat sendiri data, melukis graf dan menentukan langkah keselamatan semasa eksperimen. Data atau graf ini boleh digunakan sebagai rujukan / skema permarkahan semasa menyemak eviden/laporan amali pelajar.
  • Adalah lebih baik sekiranya eksperimen yang ditunjukkan dalam TC ditunjukkan secara ”live” untuk jika ada kelapangan.
4. Beza Sukatan Lama dan Baru
Sukatan baru (dalam Bahasa Inggeris) bukan semata-mata terjemahan dari sukatan lama (dalam Bahasa Melayu). Guru perlu rujuk kepada huraian sukatan pelajaran yang terkini untuk mengenalpasti perbezaan dengan sukatan yang lama. Yang berikut adalah beberapa perbezaan antara sukatan lama (KBSM Semak Semula, dalam BM) dan sukatan yang baru.
  • Tingkatan 4, Bab 2: Masalah lif dan takal tidak ditegaskan lagi dalam sukatan baru.
  • Tingkatan 4, Bab 2: Tambahan sukatan baru - Efficiency, Elasticity (Sukatan lama di Bab 3), Elastic Potential Energy.
  • Tingkatan 4, Bab 3 : Pengembangan, resapan, gerakan Brown, kekuatan dan ketegaran, tegangan permukaan,, daya lekatan dan daya lekitan tidak ditegaskan lagi dalam sukatan baru.
  • Tingkatan 4, Bab 4 : Faktor-faktor mempengaruhi sejatan, perbandingan antara penyejatan dan pendidihan tidak ditegaskan lagi dalam sukatan baru.
  • Tingkatan 5, Bab 1 : Susunan kandungan dalam sukatan baru mengikut fenomena dan bukan mengikut jenis gelombang seperti dalam sukatan lama. Pantulan gelombang air untuk pemantul lengkung tidak ditegaskan lagi.
  • Tingkatan 5, Bab 1 : Parutan belauan, jenis gelombang radio, penerimaan gelombang radio dan telekomunikasi tidak ditegaskan lagi.
  • Elektrik dan keelektromagnetan dalam sukatan lama telah dipisahkan kepada dua bab. Pengubahsuaian meter gegelung bergerak tidak ditegaskan lagi.
  • Tingkatan 5, Bab 4 : Litar penambah separuh, penolak separuh dan flip-flop tidak ditegaskan lagi.

Panduan Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Fizik Untuk Peningkatan Prestasi Fizik Peringkat SPM (2)

Penelitian Skop

1. Skop Kurikulum

Panduan penelitian skop kurikulum :

Setiap guru perlu ada sukatan pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Fizik yang terkini. Perlu difailkan.

  • Setiap guru Fizik perlu meneliti objektif mata pelajaran Fizik dalam kurikulum.
  • Setiap guru perlu tahu dan mahir dalam cadangan aktiviti dan cadangan pedagogi yang digunakan bagi setiap tajuk.
  • Setiap guru perlu tahu cadangan amali yang sesuai bagi setiap topik atau subtopik.
  • Setiap guru fizik perlu membaca pendahuluan yang ada dalam HSP untuk mendapatkan gambaran jelas tentang pedagogi, kemahiran berfikir dan strategi berfikir yang boleh digunakan.
  • Guru mesti merujuk kepada HSP sebelum menulis Rancangan Harian.
  • Setiap guru perlu menggunakan buku teks dan buku amali sesama. Perlu ditegaskan buku amali dan buku teks perlu saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.
  • Setiap guru perlu meneliti buku teks yang memberi panduan pedagogi serta banyak 'side features' yang boleh menarik minat murid.

2. Rumus

Panduan penggunaan Rumus untuk menjelaskan konsep Fizik :

  • Guru berupaya mendefinisi kuntititi fizik dari satu rumus Fizik
  • Guru berupaya menguasai symbol-simbol biasa yang digunakan dalam rumus fizik.
  • Guru berupaya menerbitkan unit dari rumus satu fizik.
  • Guru berupaya memahami hubungkait antara dua pembolehubah dalam satu rumus.
  • Guru berupaya mengenalpasti pembolehubah manipulasi, bergerakbalas dan yang dimalarkan dari satu rumus Fizik.
  • Guru berupaya mengaplikasi rumus untuk menyelesaikan masalah kuantitif dan kualitatif.
  • Guru berupaya menterjemah rumus kepada bentuk graf yang betul.



Panduan Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Fizik Untuk Peningkatan Prestasi Fizik Peringkat SPM (1)

Panduan ini disediakan oleh PPMP-Fizik dalam satu sesi mesyuarat dan perbengkelan pada 28 Mei, tahun 2007.

Ahli Panel

En Yew Kok Leh, SMK Jalan Mengkibol, Kluang

En Lee Choo Chai, SMK Jalan Mengkibol, Kluang

En Mohsin Ibrahim, SMK Tinggi Batu Pahat

Cik Roswati Sunar, SM Sains Johor, Kluang

Cik Sulasteri Kadiman, SMK Dato Penggawa Barat, Pontian

Pn Nor Liya Ismail, SMK (A) Maahad, Muar

En Md Sha'rani Yusof, SMK Buluh Kasap, Segamat

Pn Gayah Madu, SMK Teknik Kluang

Sepuluh Skop

Hasil dari mesyuarat dan perbengkelan, Sepuluh skop telah dikenalpasti untuk dilaksanakan secara berstrategik untuk meningkatkan kemahiran guru-guru fizik dalam menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran (p&p) Fizik di peringkat SPM. Sepuluh skop yang dikenalpastikan ini adalah berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan laporan dan pihak PPMP-Fizik yakin bahawa cadangan yang diberi di bawah setiap daripada skop itu sekiranya diamalkan dengan sebaik-baiknya akan membawa kepada kesan p&p yang lebih efektif dan sememangnya kepada pencapaian prestasi akademik yang lebih cemerlang.

Skop

Penjelasan

1.

Skop Kurikulum

Sukatan dan huraian sukatan, penggunaan buku teks dan buku amali

2.

Rumus

Kefahaman rumus keseluruhan dan komponen rumus, konteks dan aplikasi harian rumus dan komponen rumus

3.

Kemahiran Makmal

Menjalankan aktiviti makmal dan eksperimen

4.

Beza Sukatan Lama dan Baru

Perbandingan, bahagian yang telah dikeluarkan dan yang telah disusun semula

5.

Teknik Graf

Kemahiran teknik graf asas untuk kefahaman konsep fizik

6.

Urusan PEKA

Pengurusan PEKA dan hubungkait dengan Kertas 3

7.

Pengajaran Mengikut Konstruk

Pengajaran mengikut konstruk supaya murid-murid dilatih mengikut keperluan peperiksaan di samping kandungan fizik

8.

Aplikasi Fizik Dalam Konteks Harian

Pembelajaran kontekstual yang mengikut perkembangan sukatan, latar belakang dan kebolehan murid

9.

Integrasi Multimedia

Mengintegrasikan multimedia dalam p&p-courseware dan bahan-bahan dari Internet

10.

Nota Terbimbing dan Latihan Berkala

Nota terbimbing bab kini untuk pembelajaran secara aktif dan latihan berkala untuk melatih bab-bab lepas


Panel Perunding Mata Pelajaran Fizik (PPMP-Fizik) Negeri Johor

JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR

PANEL PERUNDING MATA PELAJARAN FIZIK NEGERI JOHOR

(PPMP-FIZIK)



DENGAN KERJASAMA JAWATANKUASA KURIKULUM DAERAH KLUANG, MATA PELAJARAN FIZIK (JKD FIZIK)


Panel Perunding Mata Pelajaran Fizik (PPMP-Fizik) ditubuhkan di bawah naungan Jabatan Pelajaran Negeri Johor pada tahun 2007 untuk membantu Negeri Johor mencapai kecemerlangan dalam mata pelajaran Fizik di peringkat SPM. Pertubuhan PPMP secara umumnya adalah berasaskan kepada konsep Kepimpinan Berasaskan Kepakaran (Expert-based Leadership) di mana keahliannya terdiri daripada kepakaran kepada mata pelajaran dan bukan semestinya pangkat jawatan yang disandang atau seniority.


Ahli PPMP-Fizik terdiri daripada Pengetua, Penolong PPD, Ketua Bidang Sains dan Matematik, Guru Cemerlang Fizik, Ketua Panitia Fizik, Penulis buku Fizik dan guru-guru Fizik. Walau pun jawatan mereka berlainan, kesemua ahli mempunyai kepakaran dalam pengajaran dan pembelajaran Fizik peringkat SPM. Pada tahun 2007, PPMP-Fizik telah menerbitkan satu panduan pengajaran dan pembelajaran untuk semua sekolah menengah di Johor. Saya akan menerbitkan panduan ini sekali lagi dalam Blog ini.


Setelah mempertimbangkan pelbagai kekangan fisikal, masa dan keberkesanan yang dialami pada tahun 2007, PPMP-Fizik dengan kerjasama JKD Fizik Daerah Kluang mengambil langkah membawa konsep perundingan ini melalui blogosphere sejajar dengan perkembangan teknologi komunikasi maklumat dan komunikasi. Melalui media yang baru ini, lebih ramai guru dan murid dapat akses maklumat yang dapat membantu mereka dalam hal Fizik peringkat SPM dengan lebih cepat dan berkesan. Satu lagi kekuatan menggunakan blog dalam urusan ini ialah ciri interaktifnya di mana soal-jawab dapat dibuat melalui komen blog. Kelebihan strategi ini boleh diperhatikan melalui Grid Hapuskan-Tingkatkan-Kurangkan-Ciptakan (Blue Ocean Strategy).

Hapuskan

-Keperluan bertemu secara fisikal

-Pembaziran masa perjalanan ke mesyuarat peringkat negeri

-Keperluan menyediakan tempat mesyuarat peringkat negeri, urusan makan-minum dan tuntuan perjalanan

-Mindset stereotaip di mana proses bantu membantu mesti melalui persuaan secara fisikal

Tingkatkan

-Kebekesanan maklumat disebarkan

-Kualiti penggunaan ICT dalam urusan pengajaran dan pembelajaran.

-Bilangan guru/murid yang menerima manfaat daripada ahli-ahli panel.

-Networking saling bantu-membantu profesional

-Professionalisme keguruan sejajar dengan PIPP (khasnya Teras ke-5)

Kurangkan

-Masa perundingan kerana akses adalah melalui Internet

-Red-tape mendapat kebenaran, surat menyurat dan urusan penyediaan tempat mesyuarat.

- Penggunaan kertas cetakan

-Keperluan meninggalkan kelas untuk mesyuarat dan gangguan instruksional

Ciptakan

-Pengurusan/perundingan secara paperless

-Saluran komunikasi urusan perundingan hal Fizik melalui e-mail, blog dan sms

-Konsep siapa pun boleh akses

-Konsep pembelajaran secara akses kendiri

-Pletform untuk siapa-siapa menyumbang dan berkongsi idea yang baik berkenaan pengajaran dan pembelajaran Fizik

Wednesday, June 18, 2008

Johore Physics Group

18 June 2008, 11:45 pm.
Posting will continue....