Wednesday, August 25, 2010

Idea Market Siri 3 : Little Things, Big Impact

Idea Market Fizik siri 3 : Seminar Peningkatan Kualiti P&P Fizik Negeri Johor


Anjuran : Sektor Pengurusan Akademik JPNJ dengan kerjasama PPMP Fizik Johor.

Idea Market Fizik siri 3 telah berlangsung di SMK Jln Mengkibol Kluang dengan mendapat sambutan meriah dari 70 orang guru Fizik negeri Johor.
Focus i-mart siri 3 adalah pada “Hands-on”.
3 penceramah yang telah kemukakan idea tentang “Hands-on” ialah

1. En. Yew Kok Leh, Pengetua Cemerlang. Tajuk : Small Things, Big Impact.

2. Pn. Sia Peng Yee, Guru Cemerlang Fizik. Tajuk : 5 minutes Hands-on

3. En. Khoo Boo Khoon, Guru Cemerlang Fizik. Tajuk : Teaching Physics the Fun Way

Ringkasan ceramah En. Yew Kok Leh

En. Yew menyatakan rasa gembira beliau melihat PPMP Fizik sentiasa berusaha menganjurkan seminar bagi membantu guru Fizik meningkatkan kualiti pengajaran Fizik di Johor.
En. Yew memalumkan bahawa pada 10 tahun yang lepas,di bawah tajaan Institut Fizik Malaysia (IFM),beliau dan En. Chia Song Choy telah menjalankan beberapa seminar bagi melatih guru Fizik supaya mengajar Fizik secara kreatif dan inovatif. Namun hasilnya tidak seperti yang diharapkan sebab kekurangan “critical mass” .Jadi beliau berharap lebih ramai lagi guru Fizik akan terlibat secara aktif supaya tercapai “critical mass” bagi mendatangkan impak yang besar pada pengajaran dan pembelajaran Fizik di Johor.
En. Yew menekankan bahawa inti P&P Fizik ialah keikhlasan hati iaitu keikhlasan hati guru mengajar dan keikhlasan hati pelajar belajar.
Beliau menganalogikan P&P Fizik sebagai kewujudan ayam dan telur : yang mana wujud dulu?
Guru tidak mengajar Fizik secara menarik (ayam), jadi pelajar tidak minat Fizik (telur) atau sebaliknya. Jadi guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran agar dapat mencetuskan minat pelajar. Satu pendekatan yang berkesan ialah menggunakan “perkara kecil” (ABM ringkas) yang impaknya besar ( Small things big impact ).
Amnya, guru mengabaikan ABM dalam P&P sebab ingin menghabiskan sukatan, malas membuat persiapan, beranggapan bahawa “ teaching software ” yang sedia ada sudah mencukupi.
Sebenarnya ABM dan Hands-on boleh membawa impak yang besar sebab pelajar belajar melalui apa yang dia buat. Jika ABM diabaikan dan kelas Fizik dijalankan secara pasif (chalk and talk),maka kreativiti dan inovasi pelajar tidak dapat dikembangkan.
“Hands-on” adalah penting sebab ia dapat menarik minat pelajar dan dapat menerangkan konsep Fizik yang abstrak melalui objek yang konkrit.
Harapan En. Yew ialah supaya aktiviti “hands-on” dapat mencetuskan minat pelajar terhadap sains dan seterusnya membina sikap saintifik seperti “open-mindedness” dan “objectivity”.
En. Yew juga melahirkan rasa bimbang beliau tentang cara eksperimen dijalankan di sekolah di mana pelajar menjalankan eksperimen sekadar mengikut arahan tanpa memahami konsep Fizik di sebalik eksperimen.
En. Yew seterusnya menunjukkan beberapa klip video yang menarik seperti telur rebus masuk sendiri ke dalam botol (tekanan atmosfera), pelancaran roket air (keabadian momentum), menjatuhkan telur mentah dari bangunan tinggi (graviti dan daya impuls), pelancaran buah labu manis(perubahan tenaga) dan sebagainya.
Akhir sekali, En. Yew menjemput para peserta cuba meletakkan tangan (hands-on) pada beberapa ABM yang disediakan oleh En. Vasan.

Untuk makluman, En. Vasan telah menyediakan beberapa ABM elektronik yang menarik seperti kit get logik, kit transistor sebagai suis automatik, model penghantaran elektrik yang menggunakan transformer dan sebagainya. Guru Fizik yang berminat untuk mendapatkan ABM tersebut boleh menghubungi

En. Vasan : 012-7523035. Email : vasanks@streamyx.com


Idea Market siri 4

Memandang respon hangat dari para peserta, i-mart siri 4 akan diteruskan.

Idea asal i-mart ialah membuka minda guru Fizik dan mengajak guru Fizik sama-sama memikirkan idea yang berkesan bagi P&P Fizik. Prinsip asas i-mart ialah mengajar guru Fizik mempertajamkan teknik memancing dan bukannya menyumbat guru Fizik dengan ikan.

Melalui 3 siri i-mart yang lepas, banyak idea, ABM, “hands-on” dan kaedah spesifik (best practices) telah diperkongsikan oleh penceramah i-mart seperti En. Yew Kok Leh, En. Chia Song Choy, En. Khoo Boo Khoon, Pn. Sia Peng Yee dan Pn. Sulastri. Rasanya sudah tiba masa idea market mengubah pendekatan.

“More heads are better than one”. Jadi idea market siri 4 akan dijalankan mengikut format “Public Speaking” PTK di mana setiap peserta digalakkan menyediakan satu bahan P&P (sama ada ABM, kartun,
klip video, kaedah spesifik dan sebagainya) dan mempersembahkan bahan tersebut di depan panel penilai dalam masa 20 minit. Dengan cara ini, akan wujud usaha dari para peserta untuk sama-sama memberi idea bagi meningkatkan kualiti P&P Fizik di Johor. Melalui penyertaan beramai-ramai ini, diharapkan dapat mencapai “critical mass” yang akan menghasilkan impak yang besar kepada P&P Fizik.

“ Majukan Fizik untuk Johor ”

Thursday, March 18, 2010

Idea Market Fizik Beraksi lagi !

Idea Market Fizik Siri 2 : Seminar Peningkatan Kualiti P&P Fizik Negeri Johor

Anjuran : Sektor Pengurusan Akademik, JPNJ dengan kerjasama Institut Fizik Malaysia(IFM)
              dan Panel Perunding Mata Pelajaran Fizik Johor

Idea Market Fizik merupakan satu idea kreatif yang dicetuskan oleh En.Yew Kok Leh
( Pengetua Cemerlang dan Penasihat PPMP Fizik Johor ). Gambaran idea beliau ialah :

Ada satu market ilmiah yang penuh dengan gerai-gerai menarik di mana guru-guru Fizik sibuk menjual idea masing-masing tentang P&P Fizik yang berkesan. Suasana di market ini riuh-rendah sebab ramai guru Fizik sibuk mengunjung dan membeli idea yang dapat membantu P&P Fizik mereka.

Dalam Seminar Idea Market Siri 1 ( 15-17 Julai 2009 di Muar ), terdapat beberapa gerai yang luar biasa laris jualannya. Misalnya gerai yang menjual “Grafik Fizik”( En.Yew Kok Leh ) . Gerai ini penuh sesak dengan pelanggan sebab idea yang dijual itu amat kreatif dan releven.
Gerai yang menjual “Hands On”(Pn.Sia Peng Yee) pula dibanjiri pelanggan kerana idea yang dijual itu asli dan inovatif.
Gelombang gelak ketawa sering terjana di gerai yang menjual “Fun with Physics”(En.Khoo Boo Khoon) sebab ‘inertia’ manusia ialah mendekati keseronokan dan menjauhi kesiksaan.
Gerai yang menjual “Physics Game” (Pn. Hjh Sulastri Bt.Kadiman dan Pn.Hjh Hasnah Bt.Abu Bakar) juga ramai pengunjungnya sebab dalam sanubari kita ada sifat kanak-kanak yang suka main.

Secara keseluruhan, Idea Market Siri 1 telah berjaya memberi idea dan membuka minda guru fizik tentang resepi pelbagai masakan yang boleh dihidangkan dalam p&p agar selera fizik pelajar dapat dirangsang.

Usaha PPMP Fizik Johor bagi mendinamikkan p&p Fizik akan diteruskan lagi pada tahun ini.
Idea Market Siri 2 akan berlangsung pada 25 Mac 2010 di SM Teknik Perdagangan JB.

Barisan penceramah ‘heavyweight’ kali ini adalah anggota dari Institut Fizik Malaysia (IFM). Mereka ialah :

1. En Chia Song Choy ( Pengerusi Kumpulan Pendidikan Fizik IFM, Penasihat PPMP Fizik Johor,
                                     Pengetua Cemerlang )
2. En. Tai Choon Kong ( Bendahari Kumpulan Pendidikan Fizik IFM, Penolong Kanan SMK Chan Wa,  
                                      Seremban )
3. En. Azizul Ezan Bin Mohd Zaman ( SMT Dato’ Lela Maharaja, Rembau )
4. En. Ng Kim Seng ( Sekolah Tinggi Chung Hua, Seremban )  

Fokus Idea Market Siri 2 ialah kemahiran mengendalikan amali Fizik.

Idea melatih guru dalam amali ini dicadangkan oleh En. Chia Song Choy sebab beliau rasa ramai guru Fizik masih kekurangan kemahiran dalam amali Fizik. Atas fakta inilah ramai guru Fizik hanya menjalankan amali pada kadar minimum. Amali yang ‘rumit’ sering ditinggalkan sebab tiada kemahiran. Maka wujud “missing link” dalam rantai eksperimen di sekolah di mana beberapa eksperimen yang penting dan menarik pupus di sekolah.
Untuk memulihkan “missing link” ini, maka En. Chia menjemput guru Fizik sama-sama menjadi “pelajar sehari” di Makmal Fizik SM Teknik JB.

Dalam “Experiment Fair” ini, En.Chia dan 3 orang pakar IFM akan membimbing rakan guru Fizik tentang cara menjalankan amali Fizik secara tepat dan betul.

Acara kemuncak yang dinanti-nanti ialah experiment “Cloud Chamber” yang amat jarang dibuat di makmal sekolah sebab kekurangan teknik dan tiada sumber bahan radioatif.
Banyak lagi teknik dan pengalaman yang akan dikongsikan oleh En.Chia dan rakannya.

Diharap para peserta akan mengoptimumkan sesi amali ini.

“Teach yourself before teach others”.
Komen confucious tentang eksperimen : “ I hear, I forget.
                                                               I see, I remember.
                                                               I do, I understand ”

Bonus : Dapatkan Program A+ Physics dari En.Chia Song Choy di http://www.smtpjb.com/

Penghargaan : Jutaan terima kasih kepada

1. IFM atas tajaan penceramah, buku tulis dan fail poket peserta
2. Sektor Pengurusan Akademik,JPNJ atas tajaan makanan peserta
3. Barisan Penceramah atas perkongsian idea dan pengalaman
4. Pengetua SM Teknik Perdagangan JB atas kesudian menyediakan tempat
5. Pembantu Makmal SM Teknik Perdagangan JB atas penat lelah menyediakan radas

Tuesday, February 2, 2010

Idea Kajian Tindakan : Kaedah " PLUS " vs Fleming's Left-Hand Rule

Ramai pelajar keliru tentang penggunaan “ Fleming’s Left Hand Rule ”.
Tiga sebab yang mungkin ialah :
1. Pakcik Fleming menggunakan 3 “variable” iaitu arus I, medan B dan daya F
2. Pelajar salah label jari yang mewakili I, B dan F
3. Pelajar tidak dapat “visualize” Tangan Kiri Fleming dalam 3 dimensi

Untuk mengatasi masalah ini, satu kaedah alternatif yang dinamakan kaedah “PLUS” (Projek Lebuhraya Utara Selatan) telah dicadangkan. Keberkesanan kaedah “PLUS” ini telah diuji melalui kajian tindakan dan hasilnya amat menggalakkan.

Kelebihan kaedah “PLUS” ialah :
1. Ia mengurangkan 3 “variable” kepada 2 “variable”
2. Ia mengaitkan pengalaman pelajar di Lebuhraya Utara Selatan

A. Perlaksanaan kaedah “PLUS” : Arah arus I menghala keluar dari kertas. Rujuk Rajah1.

Bagi menentukan arah daya F yang bertindak ke atas dawai berarus PQ,
5 langkah Kaedah “PLUS” ialah :
1. Lukiskan garis putus-putus yang memisahkan dawai PQ kepada PN dan NQ seperti Rajah 2

2. Lorekkan PN dan label sebagai zon U ( dilabel zon U sebab dekat dengan kutub Utara ).
Rujuk Rajah 3.

3. Lorekkan NQ dan label sebagai zon S ( dilabel zon S sebab dekat dengan kutub S ).
Rujuk Rajah 3.

4. Perhatikan arah arus I : arus I mengalir dari zon S ke zon U.
Rujuk Rajah 3.

5. Rujuk peta “PLUS” dalam Rajah 4.

Arus I mengalir dari zon S ke zon U
( Setara dengan kereta bergerak dari Selatan ke Utara di Lebuhraya )

Mengikut arah kompas, S ke U ialah “Up”, jadi
arah daya yang bertindak ke atas dawai PQ ialah ke atas.
Rujuk Rajah 5.

Apabila disemak dengan “ Fleming’s Left Hand Rule ”, didapati arah daya F ialah ke atas.
Rujuk Rajah 6.
Ini adalah sejajar dengan kaedah “PLUS”.

B. Perlaksanaan kaedah “PLUS” : Arah arus I menghala masuk ke dalam kertas. Rujuk Rajah 7.

Bagi menentukan arah daya F yang bertindak ke atas dawai berarus PQ dalam Rajah 7,
5 langkah Kaedah “PLUS” ialah :

1. Lukiskan garis putus-putus yang memisahkan dawai PQ kepada PN dan NQ seperti Rajah 8


2. Lorekkan PN dan label sebagai zon U ( dilabel zon U sebab dekat dengan kutub Utara ).
Rujuk Rajah 9.
3. Lorekkan NQ dan label sebagai zon S ( dilabel zon S sebab dekat dengan kutub S ).
Rujuk Rajah 9.

4. Perhatikan arah arus I : arus I mengalir dari zon U ke zon S.
Rujuk Rajah 9.

5. Rujuk peta “PLUS” dalam Rajah 10.
Mengikut arah kompas, U ke S ialah “Down”, jadi
arah daya yang bertindak ke atas dawai PQ ialah ke bawah.
Rujuk Rajah 11.
Apabila disemak dengan “ Fleming’s Left Hand Rule ”, didapati arah daya F ialah ke bawah.
Rujuk Rajah 12.
Ini adalah sejajar dengan kaedah “PLUS”.
Testing : Cuba menentukan arah daya yang bertindak ke atas dawai PQ dalam Rajah 13 dan
Rajah 14 dengan menggunakan kaedah “PLUS” dan kemudian semak
dengan “ Fleming’s Left Hand Rule ”
Awas ! Kaedah “PLUS” tidak sepatutnya menggantikan
“ Fleming’s Left Hand Rule ” dalam P&P Fizik.
“ Fleming’s Left Hand Rule ” perlu diajar dahulu.
Jika pelajar tidak dapat memutarkan tangan kiri, barulah
kaedah “PLUS” diperkenalkan sebagai alternatif.
Setelah menentukan arah daya dengan kaedah “PLUS”,
elok disemak dengan “ Fleming’s Left Hand Rule ”.

( Idea dari khoobook, SMK Tmn Rinting 2, Pasir Gudang )