Thursday, March 18, 2010

Idea Market Fizik Beraksi lagi !

Idea Market Fizik Siri 2 : Seminar Peningkatan Kualiti P&P Fizik Negeri Johor

Anjuran : Sektor Pengurusan Akademik, JPNJ dengan kerjasama Institut Fizik Malaysia(IFM)
              dan Panel Perunding Mata Pelajaran Fizik Johor

Idea Market Fizik merupakan satu idea kreatif yang dicetuskan oleh En.Yew Kok Leh
( Pengetua Cemerlang dan Penasihat PPMP Fizik Johor ). Gambaran idea beliau ialah :

Ada satu market ilmiah yang penuh dengan gerai-gerai menarik di mana guru-guru Fizik sibuk menjual idea masing-masing tentang P&P Fizik yang berkesan. Suasana di market ini riuh-rendah sebab ramai guru Fizik sibuk mengunjung dan membeli idea yang dapat membantu P&P Fizik mereka.

Dalam Seminar Idea Market Siri 1 ( 15-17 Julai 2009 di Muar ), terdapat beberapa gerai yang luar biasa laris jualannya. Misalnya gerai yang menjual “Grafik Fizik”( En.Yew Kok Leh ) . Gerai ini penuh sesak dengan pelanggan sebab idea yang dijual itu amat kreatif dan releven.
Gerai yang menjual “Hands On”(Pn.Sia Peng Yee) pula dibanjiri pelanggan kerana idea yang dijual itu asli dan inovatif.
Gelombang gelak ketawa sering terjana di gerai yang menjual “Fun with Physics”(En.Khoo Boo Khoon) sebab ‘inertia’ manusia ialah mendekati keseronokan dan menjauhi kesiksaan.
Gerai yang menjual “Physics Game” (Pn. Hjh Sulastri Bt.Kadiman dan Pn.Hjh Hasnah Bt.Abu Bakar) juga ramai pengunjungnya sebab dalam sanubari kita ada sifat kanak-kanak yang suka main.

Secara keseluruhan, Idea Market Siri 1 telah berjaya memberi idea dan membuka minda guru fizik tentang resepi pelbagai masakan yang boleh dihidangkan dalam p&p agar selera fizik pelajar dapat dirangsang.

Usaha PPMP Fizik Johor bagi mendinamikkan p&p Fizik akan diteruskan lagi pada tahun ini.
Idea Market Siri 2 akan berlangsung pada 25 Mac 2010 di SM Teknik Perdagangan JB.

Barisan penceramah ‘heavyweight’ kali ini adalah anggota dari Institut Fizik Malaysia (IFM). Mereka ialah :

1. En Chia Song Choy ( Pengerusi Kumpulan Pendidikan Fizik IFM, Penasihat PPMP Fizik Johor,
                                     Pengetua Cemerlang )
2. En. Tai Choon Kong ( Bendahari Kumpulan Pendidikan Fizik IFM, Penolong Kanan SMK Chan Wa,  
                                      Seremban )
3. En. Azizul Ezan Bin Mohd Zaman ( SMT Dato’ Lela Maharaja, Rembau )
4. En. Ng Kim Seng ( Sekolah Tinggi Chung Hua, Seremban )  

Fokus Idea Market Siri 2 ialah kemahiran mengendalikan amali Fizik.

Idea melatih guru dalam amali ini dicadangkan oleh En. Chia Song Choy sebab beliau rasa ramai guru Fizik masih kekurangan kemahiran dalam amali Fizik. Atas fakta inilah ramai guru Fizik hanya menjalankan amali pada kadar minimum. Amali yang ‘rumit’ sering ditinggalkan sebab tiada kemahiran. Maka wujud “missing link” dalam rantai eksperimen di sekolah di mana beberapa eksperimen yang penting dan menarik pupus di sekolah.
Untuk memulihkan “missing link” ini, maka En. Chia menjemput guru Fizik sama-sama menjadi “pelajar sehari” di Makmal Fizik SM Teknik JB.

Dalam “Experiment Fair” ini, En.Chia dan 3 orang pakar IFM akan membimbing rakan guru Fizik tentang cara menjalankan amali Fizik secara tepat dan betul.

Acara kemuncak yang dinanti-nanti ialah experiment “Cloud Chamber” yang amat jarang dibuat di makmal sekolah sebab kekurangan teknik dan tiada sumber bahan radioatif.
Banyak lagi teknik dan pengalaman yang akan dikongsikan oleh En.Chia dan rakannya.

Diharap para peserta akan mengoptimumkan sesi amali ini.

“Teach yourself before teach others”.
Komen confucious tentang eksperimen : “ I hear, I forget.
                                                               I see, I remember.
                                                               I do, I understand ”

Bonus : Dapatkan Program A+ Physics dari En.Chia Song Choy di http://www.smtpjb.com/

Penghargaan : Jutaan terima kasih kepada

1. IFM atas tajaan penceramah, buku tulis dan fail poket peserta
2. Sektor Pengurusan Akademik,JPNJ atas tajaan makanan peserta
3. Barisan Penceramah atas perkongsian idea dan pengalaman
4. Pengetua SM Teknik Perdagangan JB atas kesudian menyediakan tempat
5. Pembantu Makmal SM Teknik Perdagangan JB atas penat lelah menyediakan radas