Wednesday, August 25, 2010

Idea Market Siri 3 : Little Things, Big Impact

Idea Market Fizik siri 3 : Seminar Peningkatan Kualiti P&P Fizik Negeri Johor


Anjuran : Sektor Pengurusan Akademik JPNJ dengan kerjasama PPMP Fizik Johor.

Idea Market Fizik siri 3 telah berlangsung di SMK Jln Mengkibol Kluang dengan mendapat sambutan meriah dari 70 orang guru Fizik negeri Johor.
Focus i-mart siri 3 adalah pada “Hands-on”.
3 penceramah yang telah kemukakan idea tentang “Hands-on” ialah

1. En. Yew Kok Leh, Pengetua Cemerlang. Tajuk : Small Things, Big Impact.

2. Pn. Sia Peng Yee, Guru Cemerlang Fizik. Tajuk : 5 minutes Hands-on

3. En. Khoo Boo Khoon, Guru Cemerlang Fizik. Tajuk : Teaching Physics the Fun Way

Ringkasan ceramah En. Yew Kok Leh

En. Yew menyatakan rasa gembira beliau melihat PPMP Fizik sentiasa berusaha menganjurkan seminar bagi membantu guru Fizik meningkatkan kualiti pengajaran Fizik di Johor.
En. Yew memalumkan bahawa pada 10 tahun yang lepas,di bawah tajaan Institut Fizik Malaysia (IFM),beliau dan En. Chia Song Choy telah menjalankan beberapa seminar bagi melatih guru Fizik supaya mengajar Fizik secara kreatif dan inovatif. Namun hasilnya tidak seperti yang diharapkan sebab kekurangan “critical mass” .Jadi beliau berharap lebih ramai lagi guru Fizik akan terlibat secara aktif supaya tercapai “critical mass” bagi mendatangkan impak yang besar pada pengajaran dan pembelajaran Fizik di Johor.
En. Yew menekankan bahawa inti P&P Fizik ialah keikhlasan hati iaitu keikhlasan hati guru mengajar dan keikhlasan hati pelajar belajar.
Beliau menganalogikan P&P Fizik sebagai kewujudan ayam dan telur : yang mana wujud dulu?
Guru tidak mengajar Fizik secara menarik (ayam), jadi pelajar tidak minat Fizik (telur) atau sebaliknya. Jadi guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran agar dapat mencetuskan minat pelajar. Satu pendekatan yang berkesan ialah menggunakan “perkara kecil” (ABM ringkas) yang impaknya besar ( Small things big impact ).
Amnya, guru mengabaikan ABM dalam P&P sebab ingin menghabiskan sukatan, malas membuat persiapan, beranggapan bahawa “ teaching software ” yang sedia ada sudah mencukupi.
Sebenarnya ABM dan Hands-on boleh membawa impak yang besar sebab pelajar belajar melalui apa yang dia buat. Jika ABM diabaikan dan kelas Fizik dijalankan secara pasif (chalk and talk),maka kreativiti dan inovasi pelajar tidak dapat dikembangkan.
“Hands-on” adalah penting sebab ia dapat menarik minat pelajar dan dapat menerangkan konsep Fizik yang abstrak melalui objek yang konkrit.
Harapan En. Yew ialah supaya aktiviti “hands-on” dapat mencetuskan minat pelajar terhadap sains dan seterusnya membina sikap saintifik seperti “open-mindedness” dan “objectivity”.
En. Yew juga melahirkan rasa bimbang beliau tentang cara eksperimen dijalankan di sekolah di mana pelajar menjalankan eksperimen sekadar mengikut arahan tanpa memahami konsep Fizik di sebalik eksperimen.
En. Yew seterusnya menunjukkan beberapa klip video yang menarik seperti telur rebus masuk sendiri ke dalam botol (tekanan atmosfera), pelancaran roket air (keabadian momentum), menjatuhkan telur mentah dari bangunan tinggi (graviti dan daya impuls), pelancaran buah labu manis(perubahan tenaga) dan sebagainya.
Akhir sekali, En. Yew menjemput para peserta cuba meletakkan tangan (hands-on) pada beberapa ABM yang disediakan oleh En. Vasan.

Untuk makluman, En. Vasan telah menyediakan beberapa ABM elektronik yang menarik seperti kit get logik, kit transistor sebagai suis automatik, model penghantaran elektrik yang menggunakan transformer dan sebagainya. Guru Fizik yang berminat untuk mendapatkan ABM tersebut boleh menghubungi

En. Vasan : 012-7523035. Email : vasanks@streamyx.com


Idea Market siri 4

Memandang respon hangat dari para peserta, i-mart siri 4 akan diteruskan.

Idea asal i-mart ialah membuka minda guru Fizik dan mengajak guru Fizik sama-sama memikirkan idea yang berkesan bagi P&P Fizik. Prinsip asas i-mart ialah mengajar guru Fizik mempertajamkan teknik memancing dan bukannya menyumbat guru Fizik dengan ikan.

Melalui 3 siri i-mart yang lepas, banyak idea, ABM, “hands-on” dan kaedah spesifik (best practices) telah diperkongsikan oleh penceramah i-mart seperti En. Yew Kok Leh, En. Chia Song Choy, En. Khoo Boo Khoon, Pn. Sia Peng Yee dan Pn. Sulastri. Rasanya sudah tiba masa idea market mengubah pendekatan.

“More heads are better than one”. Jadi idea market siri 4 akan dijalankan mengikut format “Public Speaking” PTK di mana setiap peserta digalakkan menyediakan satu bahan P&P (sama ada ABM, kartun,
klip video, kaedah spesifik dan sebagainya) dan mempersembahkan bahan tersebut di depan panel penilai dalam masa 20 minit. Dengan cara ini, akan wujud usaha dari para peserta untuk sama-sama memberi idea bagi meningkatkan kualiti P&P Fizik di Johor. Melalui penyertaan beramai-ramai ini, diharapkan dapat mencapai “critical mass” yang akan menghasilkan impak yang besar kepada P&P Fizik.

“ Majukan Fizik untuk Johor ”

No comments: