Saturday, June 21, 2008

Panel Perunding Mata Pelajaran Fizik (PPMP-Fizik) Negeri Johor

JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR

PANEL PERUNDING MATA PELAJARAN FIZIK NEGERI JOHOR

(PPMP-FIZIK)



DENGAN KERJASAMA JAWATANKUASA KURIKULUM DAERAH KLUANG, MATA PELAJARAN FIZIK (JKD FIZIK)


Panel Perunding Mata Pelajaran Fizik (PPMP-Fizik) ditubuhkan di bawah naungan Jabatan Pelajaran Negeri Johor pada tahun 2007 untuk membantu Negeri Johor mencapai kecemerlangan dalam mata pelajaran Fizik di peringkat SPM. Pertubuhan PPMP secara umumnya adalah berasaskan kepada konsep Kepimpinan Berasaskan Kepakaran (Expert-based Leadership) di mana keahliannya terdiri daripada kepakaran kepada mata pelajaran dan bukan semestinya pangkat jawatan yang disandang atau seniority.


Ahli PPMP-Fizik terdiri daripada Pengetua, Penolong PPD, Ketua Bidang Sains dan Matematik, Guru Cemerlang Fizik, Ketua Panitia Fizik, Penulis buku Fizik dan guru-guru Fizik. Walau pun jawatan mereka berlainan, kesemua ahli mempunyai kepakaran dalam pengajaran dan pembelajaran Fizik peringkat SPM. Pada tahun 2007, PPMP-Fizik telah menerbitkan satu panduan pengajaran dan pembelajaran untuk semua sekolah menengah di Johor. Saya akan menerbitkan panduan ini sekali lagi dalam Blog ini.


Setelah mempertimbangkan pelbagai kekangan fisikal, masa dan keberkesanan yang dialami pada tahun 2007, PPMP-Fizik dengan kerjasama JKD Fizik Daerah Kluang mengambil langkah membawa konsep perundingan ini melalui blogosphere sejajar dengan perkembangan teknologi komunikasi maklumat dan komunikasi. Melalui media yang baru ini, lebih ramai guru dan murid dapat akses maklumat yang dapat membantu mereka dalam hal Fizik peringkat SPM dengan lebih cepat dan berkesan. Satu lagi kekuatan menggunakan blog dalam urusan ini ialah ciri interaktifnya di mana soal-jawab dapat dibuat melalui komen blog. Kelebihan strategi ini boleh diperhatikan melalui Grid Hapuskan-Tingkatkan-Kurangkan-Ciptakan (Blue Ocean Strategy).

Hapuskan

-Keperluan bertemu secara fisikal

-Pembaziran masa perjalanan ke mesyuarat peringkat negeri

-Keperluan menyediakan tempat mesyuarat peringkat negeri, urusan makan-minum dan tuntuan perjalanan

-Mindset stereotaip di mana proses bantu membantu mesti melalui persuaan secara fisikal

Tingkatkan

-Kebekesanan maklumat disebarkan

-Kualiti penggunaan ICT dalam urusan pengajaran dan pembelajaran.

-Bilangan guru/murid yang menerima manfaat daripada ahli-ahli panel.

-Networking saling bantu-membantu profesional

-Professionalisme keguruan sejajar dengan PIPP (khasnya Teras ke-5)

Kurangkan

-Masa perundingan kerana akses adalah melalui Internet

-Red-tape mendapat kebenaran, surat menyurat dan urusan penyediaan tempat mesyuarat.

- Penggunaan kertas cetakan

-Keperluan meninggalkan kelas untuk mesyuarat dan gangguan instruksional

Ciptakan

-Pengurusan/perundingan secara paperless

-Saluran komunikasi urusan perundingan hal Fizik melalui e-mail, blog dan sms

-Konsep siapa pun boleh akses

-Konsep pembelajaran secara akses kendiri

-Pletform untuk siapa-siapa menyumbang dan berkongsi idea yang baik berkenaan pengajaran dan pembelajaran Fizik

1 comment:

cikgu bibi said...

salam

tahniah diucapkan kerana telah berjaya menerbitkan sebuah blog utk dijadikan rujukan kepada warga pendidik dan pelajar dalambidang fizik. tetapi, saya berharap agar kewujudan blog ini dapat diwar-warkan dengan cara yg lebih efektif kerana saya sendiri baru sahaja mengetahui kewujudan blog ini pada hari ini. agak rugi sebenarnya jika blog ini tidak dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh semua warga pendidik dan pelajar. terima kasih...